Permohonan boleh dilakukan secara online atau dengan mengisi borang secara manual.

Cara membuat Permohonan Online:

1. Klik pautan Permohonan Online di Laman Utama yang telah disediakan.
2. Lengkapkan maklumat permohonan yang dikehendaki.
3. Sekiranya syarikat pernah memohon secara online, maklumat syarikat akan dipaparkan. Jika tidak, lengkapkan maklumat syarikat yang dikehendaki.
4. Klik butang Hantar.
5. Sila cetak borang permohonan yang telah lengkap.

Permohonan akan terus direkod ke dalam sistem dan akan diambil tindakan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Sila kemukakan perkara seperti berikut :
1. Cetakan Borang Permohonan Online
2. Dokumen-dokumen seperti di Senarai Semak
3. Borang Keterangan Ringkas Mengenai Pemaju dan Projek

PERINGATAN:
Sekiranya pemohon gagal menghantar cetakan Borang Permohonan Online, dokumen-dokumen yang diperlukan, dan Borang Keterangan Ringkas tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh daftar permohonan, permohonan akan dibatalkan.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung di talian yang tertera pada Laman Hubungi Kami.
Status permohonan boleh disemak menerusi menu Semakan Status dari semasa ke semasa.

Muat turun di sini:

1. [ Senarai Semak ]
2. [ Panduan Penyediaan Kertas Cadangan ]
3. [ Borang Keterangan Ringkas Mengenai Pemaju dan Projek ]

Kembali ke < Laman Utama >

PENAFIAN:

Pihak Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, dan Kerajaan Negeri Pahang tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.